Selamat Berpuasa di bulan ramadan

2

Posted by DrCinta | Posted in Umum | Posted on 11-08-2010

Assalamualaikum. Selamat menyambut kedatangan ramadan yang mulia. Semoga di ramadan ini kita sentiasa diberkati dan dimurahkan rezeki. Selamat berpuasa – dari hidier dan keluarga

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Lulus Exam

0

Posted by DrCinta | Posted in Umum | Posted on 01-08-2010

Assalamualaikum.

Wah..lamanya tak update blog ni..kesian dia bersawang..
TQ kepada para pembaca yang masih masuk ke sini.
Tengok kat statistik, sehari 200~400 orang gak menjenguk blog ni. Ramai gak ye walaupon dah lama x update. :)

Just nak share berita gembira buat saya.

Saya dah lulus exam CFP module 1.
alhamdulillah..
So dapatlah letak APF kat name card pas ni. hehe
AFP : Associate Financial Planner

Itu sajalah dulu untuk hari ni.
Sampai bertemu lagi di lain hari.

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

0

Posted by DrCinta | Posted in Unit Trust, insuran | Posted on 26-06-2010

Tags: , ,

Salam..

Saya Hidier, unit trust consultant utk CWA dan insuran consultant untuk AIA.

Saya ingin memperkenalkan dua jenis product menarik yang sesuai dijadikan sebagai pelan persaraan atau pelan pendidikan untuk anak-anak.

Nama pelan tersebut adalah ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

Permintaan adalah tinggi untuk 2 product ini.

Get to OWN Elite Legacy Income and GIP10 . It gives out guaranteed income to 3 generations !

ESP (ELITE SAVING PLAN) : bayaran selama 8 tahun sahaja, bayaran TERJAMIN (guaranteed payment) 5% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 8. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

GIP (GUARANTEED IMCOME PAYMENT) : bayaran 10 tahun sahaja,bayaran terjamin (guaranteed payment) 4% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 10. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012-7796200 atau email di abdulhidier@gmail.com


Abdul Hidier
UNIT TRUST & INSURANCE CONSULTANT
CIMB WEALTH ADVISOR & AIA

012-7796200

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Lawak Jenaka Cerita Ghairah

2

Posted by DrCinta | Posted in Jokes | Posted on 23-06-2010

Tags: , ,

Cerita Lucu dapat dari email

Duit 50,000…

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.

Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut. Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?
Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”
Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : cepat bagi tahu, kalau tidak Aku akan tembak kepala kau, bisu…
Sibisu akhirnya menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu di mana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah… “

hahahaha..

—————————————

Nurse yang seksi…

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..

Merasa kehairanan, Nurse itu bertanya…

“Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??” Feddy tersenyum malu dan berkata…
“Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse… “

“Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…Feddy gembira dan berkata… “iya… iya, saya masih single”.

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata… “Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin”.

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…

“Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”

hahahaha… pa rasanya..

—————————————

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

TintaCinta – Kasih Sayang

1

Posted by DrCinta | Posted in Santai | Posted on 19-06-2010

Tags: , , , ,


Hallluuuu pembaca BicaraCinta.Net yang dikasihi sekalian Apa khabar kalian semua? 

Lama menyepi bukanlah merajuk,
Tiada masa alasan biasa,
Tapi hati tetap memujuk,
Tulislah tinta walau sepatah cuma… 

Pagi ini saya buka email, mata tertancap pada satu email yang tajuknya biasa sahaja.
Tidak ada apa yang membuatkan saya teruja untuk terus membaca isi kandungan email itu.
Tapi, since penghantarnya adalah daripada orang yang tersayang, maka saya pun bukalah email itu.

Opss saya bukan mahu berkongsi cerita sendiri, tapi saya mahu share kandungan email yang saya dapat daripada beliau::

Pada suatu hari, seorang murid bertanya pada gurunya. Ketika itu guru tersebut mengajar tentang kasih-sayang.

Pelajar: Macam mana kita nak pilih orang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana supaya kasih-sayang itu bekekalan?

Guru: Kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depanmu.Pilih yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekali. Pilih rumput yang paling cantik dan bawa ke kelas.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumputpun di tangannya.

Cikgu: Kenapa tiada rumput yang dipilih?

Pelajar: Tadi masa berjalan, saya mencari rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik, tapi cikgu kata pilih yang paling cantik. Maka saya terus berjalan ke depan mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tidak jumpa lagi rumput yang paling cantik.

        Mungkin ada di belakang tadi rumput yang paling cantik tapi cikgu kata saya tidak boleh ke belakang semula, Maka tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu: Itulah jawapannya. Klaau kita telah berjumpa dengan orang yang kita sayang, janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang di depan kita dengan sebaik-baiknya. Jangan menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku dan tidak akan berulang lagi. Ingatlah orang yang kita sayang itu adalah yang paling cantik dan paling baik. Walaupun sebenarnya banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput itu…

Semoga artikel kali ini dapat memberikan kita ruang dan kesempatan untuk berfikir tentang diri kita dan pasangan.

Saya doakan semoga kita semua akan mendapat kebahagiaan dan kasih-sayang yang berpanjangan. 

Salam takzim,
TintaCinta

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Cerita Ghairah : Isteri yang dingin?

4

Posted by DrCinta | Posted in Kisah Teladan | Posted on 04-06-2010

Tags: , , ,

Nota : Artikel ni saya dapat dari fwd email seorang kawan.tidak disertakan link asal penulis…kalau sesapa yang tahu karya asal, kasitau saya ye.TQ

(Entry ini adalah untuk mereka yang dah berkahwin sahaja, soalan: apa nak buat jika isteri menolak untuk bersetubuh? Jawapan, lakukan ini,…, ha ha ha, dan ini…, ,…, ha ha ha, juga ini…, ,…, ha ha ha, dan juga ini…, woha!)

Suatu malam, ketika sedang menonton TV seorang diri, ada jugak babak babak yang biasa bagi korang, tapi aku dah rasa semacam.., rasa ‘air meleleh di telinga’.., dan apabila tiba waktu iklan, melihat babak babak dalam iklan, terutamanya iklan alat senaman, membuatkan aku rasa nak ‘bersenam’jugak, ni tak boleh jadi nih..,lalu aku tutup TV dan terus ke bilik tidur mengejutkan isteri untuk ajak ‘bersenam’.., bukan apa, teringat hadith Nabi yang aku lupa mantan dan perawinya yang memberitahu jika dalam perjalanan tiba tiba terlihat sesuatu yang terangsang, maka pulanglah kerumah dan bersetubuhlah bersama isteri.., begitu lebih kurang maksud.., wallahulam.

Jadi kes aku, salah aku jugak, siapa suruh tengok TV yang ada iklan jual alat senaman malam malam?, astarfirullahalazim .., terpaksalah aku ganggu isteri aku yang sedang tidur untuk ajak bersenam, tapi.., mungkin kerana baru terjaga dari tidur, antara sedar dan tidak sedar, boleh pulak isteri aku menolak ajakan amaradana dari lelaki yang macho ini?
What! Ke mana aku nak tumpahkan kuah jika tak ke tempat yang betul?

Ok, aku cuba cool, aku cuba ambil wudhu dan cuba tidur, tapi dalam keadaan isteri aku yang seksi di sebelah dan model iklan alat senaman terbayang di mata, apa daya aku? Sekali lagi aku kejut isteri aku, tapi isteri aku memusingkan badannya pula…
Apa aku nak buat? Aku bukan ada isteri l ain , jika tak, aku boleh buat buat merajuk, dan pergi rumah isteri nombor dua, dan terus tumpahkan kuah pada nasik di sana .., tapi isteri aku satu jer..

*****

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya aku pada suatu petang..
“Tak boleh”Jawab isteri aku selamba.
“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab aku lagi selamba.

******

Ok, kembali pada babak malam ini, isteri menolak ajakan aku untuk bersetubuh, apa kita nak buat?
Tiba tiba aku mendapat satu ilham, ha ha (gelak orang jahat)
Maka dalam kedinginan malam, akupun bangkit dari pembaringan, lalu akupun melakukan beberapa angkara yang mana jika kita buat kat orang sedang tidur, maka orang itu akan marah.., tapi orang yang akan marah itu adalah isteriku, biarlah dia marah, sebab sekarang dia yang sedang buat aku marah..

Aku pendekkan cerita, lepas aku dah buat beberapa angkara itu, akupun tidur..,
Pagi itu jam loceng berbunyi seperti biasa, isteriku pun bangun seperti biasa, dan pelik?, tidak marah marah.., aku yang juga terdengar jam loceng itu, biarkan sahaja ianya terus berbunyi lalu dimatikan alarmnya oleh isteriku dan isteriku terus pergi mandi, selepas mandi, isteriku datang mengejutkan aku..

“bang, bangun, bang, dah dekat nak subuh ni..” kejutt isteri aku yang sedang berkembang dengan k ain tuala.

Akupun tarik dia dan berkata;

“Abang nak bersetubuh dulu, sebab jam baru satu pagi”

Woha!

Rupa-rupanya, angkara yang aku buat tadi adalah dengan menukar waktu jam, dari satu pagi kepada jam 5 pagi, dan untuk merealkan lagi suasana, jam kat ruang tamupun aku tukar waktunya, mulanya iasteri aku tak percaya, tapi setelah aku bukak TV dan isteri aku melihat rangcangan bersama iklan alat senaman masih belum habis, maka percayalah isteri aku bahawa dia dah tertipu oleh aku dan waktu. Woha sekali lagi.

(babak seterusnya terpaksa dipotong kerana semua tahu sudah, kemana tumpahnya kuah kalah tak.., arghh, sambung sendiri)

Moral of the story,
janganlah kamu wahai para isteri, menolak ajakan suami untuk bersetubuh, kerana jika suami tidur dalam keadaan marah, maka kamu akan dilaknat oleh malaikat sampai ke subuh,

…dan yang belum jadi isteri orang lalu menolak ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah antara wanita yang suci lagi terpelihara. ..

…dan jika kamu menerima ajakan teman lelaki untuk bersetubuh, maka kamu adalah bodong bangang, dan akan dilaknat oleh Allah sampai kamu bertaubat..

Takutlah Allah dalam bab menjaga kemaluan, dan jagalah kangkanganmu dari lelaki yang sundal!

Ps: isteriku, jika kamu menolak lagi ajakan abang, bukan setakat jam ruang tamu yang abang akan ubah waktunya, jam dalam keretapun abang akan ubah sekali, woha!.., (bukan senang dapat tidur bersama isteri yang baru lepas mandi…he he)

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Learn From The Mistake

15

Posted by DrCinta | Posted in Umum | Posted on 04-06-2010

Tags: , , , , ,

Assalamualaikum.

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan
Kenakalan atau kesungguhan
Sukar mencari perbezaan
Betapa kau cuba melindungi
Jelas di wajah rahsia hati

 

Wajah Rahsia Hati – Ogy

Sedapnya lagu Ogy tu. Walaupon waktu lagu tu popular dulu saya kecik-kecik lagi, tapi bait-bait ayat lagu tu selalu saya hayati. Suka duka salih berganti. Kita takkan sepanjang masa bahagia, tapi bukanlah jugak bermakna takkan bahagia sepanjang masa. Hidup ini ibarat roda, sekejap di bawah mencium bumi, sekejap di atas mengapai bintang.

Begitu jugalah dengan pengalaman,kegagalan dan kejayaan. Kita boleh gunakan kejayaan orang lain sebagai panduan kita, aambil kegagalan orang lain sebagai pedoman agar kita tidak gagal dalam perkara yang sama. Namun, kita sendiri juga perlu mencuba. Kerana kita tidak tahu adakah kejayaan orang merupakan kejayaan kita, atau sebaliknya adakah kegagalan orang lain jugak adalah kegagalan kita.

mistake-wrong-no-turning-back

Kita perlu mencuba. Kalau gagal, jadikan kegagalan kita itu sebagai pengajaran. Mungkin dalam percintaan yang terputus sebelum ni, banyak kekurangan kita dalam menjaga hati pasangan kita. Mungkin kita terlalu mengongkong, mungkin kita terlalu mempercayai, dah beribu kemungkinan lagi. Pelajari kelemahan kita. Perbaiki kesilapan yang pernah kita lakukan untuk kejayaan gemilang di masa hadapan.

Atur langkah satu persatu.

Selamat berjaya.

 

Kejarlah kejayaan, walau perlu ditempuh onak dan duri

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

CERITA GHAIRAH : Liana Memalukan Keluarga

28

Posted by DrCinta | Posted in Umum | Posted on 26-05-2010

Tags: , ,

terbang

"Sungguh memalukan!!"

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

"Menyesal ? Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! … belum pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."

"Nak bincang aper lagi? … anak awak nie dah mengaku… … issshhh… … ." balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana betul betul menyesal dgn pengakuannya itu… kalau dia tahu bapaknya jadi camnie dia diam je… toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia gelap? … dia telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya dah kecewa. What a letdown?

Di satu pagi yg hening dia keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi. Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu. Dia memandang ke bawah… dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon.

Liana dah nekad apa terjadi… . jadilah… .. Dia dah memalukan keluarganya, dia mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis. Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga terbayang dimata.

Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas panjang… berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang ke bawah… dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya… jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat… .. dgn satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya, SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!… … .. dia terbang .

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I’ve made it!!!!!", dia memekik keriangan.

Finally dia dapat melawan fobianya… dia dah no longer afraid of height… sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah semulajadi… selama ini dia takut… .. ye dia takut pada tempat tinggi dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang… dah bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya… . Sebab tu bapak dia kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur hidup seekor burung takut pada ketinggian.

Tapi sekarang dia dah tak takut, dia dah berani… . dia dah boleh terbang…

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Arkib : Naluri ingin berpasangan

14

Posted by DrCinta | Posted in Umum | Posted on 23-05-2010

Tags: , , ,

Assalamualaikum.

soulmate

Keinginan untuk berpasangan adalah menjadi lumrah sebuah kehidupan. Membayangkan situasi hidup bersendirian, tanpa pasangan mencetuskan satu pandangan yang agak janggal. Pandang dan lihatlah disekeliling kita. Betapa makhluk yang tidak bernyawa sekali pun ada pasangannya. Itu lah hakikat. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu melarikan diri dari hakikat.

Perasaan ingin menyayangi dan disayangi terdapat dalam diri setiap makhluk. Tidak kiralah manusia ataupon binatang sekalipon. Cuma mungkin cara sahaja berbeza. Kasih sayang lahir tanpa kita sedari. Jika tidak, masakan ketika berumur setahun jagung, ketika masih di bangku sekolah tadika kita sudah boleh merasakan cinta pada seseorang? Itu mungkin digelar cinta monyet oleh sesetengah orang. Tapi tidak dinafikan bahawa ada juga cinta monyet yang berputik di alam persekolahan membawa pasangan tersebut sehingga ke gerbang perkahwinan.

Ada insan yang dahulunya amat kita benci. Tapi tanpa disedari, semakin lama semakin hilang rasa benci, digantikan dengan perasaan kasih sayang terhadap insan tersebut. Berputiklah cinta. Dapatkah kita menyangkal fakta tersebut? Cinta sejati hadir tanpa disedari.

Dalam proses berpasangan, untuk memulakan hubungan tersebut amat susah bagi sesetengah orang. Kebanyakkan nya malu untuk memulakan langkah pertama iaitu menghulurkan salam perkenalan. Bimbang kita akan dikecewakan. Mengapa perlu malu sedangkan kita meminati insan tersebut? Mengapa perlu bimbang? Mana tahu si dia juga meminat kita? Ingatlah, langkah pertama adalah permulaan bagi beribu langkah seterusnya.

Bagaimana atau apakah langkah terbaik untuk memulakan perkenalan? Kita simpan soalan ini untuk dijadikan topik perbincangan pada esok hari.

Walau kail panjang sejengkal, cubalah juga mengail. Untung-untung ada ikan termakan umpan.

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Share |

Kalau Binatang Ada FB

7

Posted by DrCinta | Posted in Jokes | Posted on 21-05-2010

Tags:

FWD email :

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di
sembeliiiiihhh!…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Click on pen to Use a Highlighter on this page
Related Posts with Thumbnails
Share |